Doa Harian

Himpunan doa dan zikir dari Al-Quran dan As-Sunnah, Doa-doa pilihan, Kelebihan berselawat, Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir, Bacaan doa tertentu, Istighfar dan taubat, Adab dan kebaikan.

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

Cover Buku Zulqarnain

Buku ini mengenengahkan cerita empat raja agung dunia purba beserta nabi-nabi yang terlibat dengan mereka. Riwayat hidup beberapa nabi lain juga dimuatkan bagi memudahkan kefahaman terutamanya dari sudut kronologi dari zaman Nabi Adam a.s. hinggalah ke Alenxander the Great, beserta peristiwa-peristiwa signifikan yang berlaku di dalam tempoh itu seperti Al-Baqarah (yang kadangkala dikelirukan dengan lembu Samiri), asal-usul 12 puak Israel, fir'aun pada zaman Nabi Musa a.s., pertempuran Nabi Daud a.s. dengan Jalut (David and Goliath), peristiwa sempena filem '300' dan sebagainya.

Empat raja agung dunia purba mengikut turutan riwayat hidup mereka adalah Namrud, Nabi Sulaiman, Bukhtanasar dan Dzul-Qarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri, sedangkan Dzul-Qarnain merupakan satu gelaran yang mana gelaran tersebut telah disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi di sini akan membantu untuk lebih memahami sejarah silam. Namun, perbincangan utama adalah, apakah sesuai jika disandarkan gelaran Dzul-Qarnain kepada Iskandar? Sudah menjadi sinonim untuk dikaitkan apabila disebut nama Iskandar, maka akan dikaitkan dengan Dzul-Qarnain sehingga kita sebut hari ini sebagai Iskandar Dzul-Qarnain. Sedangkan Iskandar adalah satu perkara manakala Dzul-Qarnain adalah suatu perkara yang lain.



Al-Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Dzul-Qarnain yang mana jika dikaitkan dengan riwayat hidup Iskandar sangatlah bercanggah. Perbincangan serta hujah-hujah (yang mungkin belum sampai kepada kita) akan diperbentangkan bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai bagi gelaran Dzul-Qarnain. Bukti hidup dari peninggalan Dzul-Qarnain adalah tembok yang dibinanya untuk menghalang Yajuj Majuj. Siapakah mereka ini dan siapakah yang mereka kacau sehingga Dzul-Qarnain membina tembok tersebut? Perbincangan ini dan lain-lain lagi ada di dalam. Buku setebal 200 muka surat, hasil penulisan saudara Afareez Abdul Razak ini telah pun dilancarkan dan kini sudah berada di pasaran.

Berita baik buat anda yang berhasrat untuk mendapatkan buku ini, anda boleh mendapatkannya terus daripada pihak kami. Selain itu juga, buku yang anda beli 'hanya daripada kami' akan ditandatangani sendiri oleh penulisnya khas untuk anda. Buat anda yang telah pun membuat tempahan awal, kami akan mengesahkan tempahan anda dan kos penghantarannya melalui email anda. Kemudian anda bolehlah membuat pembayaran untuk buku tersebut.   

Untuk melihat isi kandungan (TOC) buku ini sila klik sini.    

Harga buku ini adalah seperti berikut:    

RM17.50 (Semenanjung)    
RM19.50 (Sabah & Sarawak)  

Kos penghantaran:    
RM4.50 (Semenanjung)  
RM4.50 (Sabah & Sarawak)


Klik di sini untuk pembayaran
Bank-in / Mesin ATM / Online banking



Sebarang pertanyaan, sila email doaharian@gmail.com. Terima kasih.

<< Home

Biodata

Siapakah beliau?

Ali Jum'ah Picture

Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-Ifta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati Facebook beliau di: Dr. Ali Gomaa.

Kenali tokoh ini:

Gambar Sheikh Jibril

Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.

Tentang Blog Ini

Blog ini menyediakan koleksi doa-doa dan zikir-zikir pilihan yang boleh diamalkan seharian. Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). Semoga weblog ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca dalam mengahayati amalan yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Hubungi Penulis

Laman ini bebas dilayari oleh sesiapa sahaja. Jika anda mempunyai apa-apa soalan yang berkaitan, komen atau nasihat, anda boleh menghubungi saya melalui link 'email' di atas. Sekiranya anda mempunyai apa jua bacaan doa yang ingin dikongsi dilaman ini, saya mengalu-alukan cadangan daripada anda. Akhirnya saya berharap anda memperoleh manfaat daripada himpunan doa-doa ini dan dapat membantu saya menyebarkan laman web ini dengan mengunakan link yang boleh anda dapati di sini.

Selamat berdoa dan beramal..!


Zikir Munajat

Himpunan Doa

Powered By

Powered by Blogger Email us!

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.