Doa Harian

Himpunan doa dan zikir dari Al-Quran dan As-Sunnah, Doa-doa pilihan, Kelebihan berselawat, Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir, Bacaan doa tertentu, Istighfar dan taubat, Adab dan kebaikan.

Hikmah berdoa


1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.


2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).

5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)

<< Home

Biodata

Siapakah beliau?

Ali Jum'ah Picture

Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-Ifta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati Facebook beliau di: Dr. Ali Gomaa.

Kenali tokoh ini:

Gambar Sheikh Jibril

Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.

Tentang Blog Ini

Blog ini menyediakan koleksi doa-doa dan zikir-zikir pilihan yang boleh diamalkan seharian. Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). Semoga weblog ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca dalam mengahayati amalan yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Hubungi Penulis

Laman ini bebas dilayari oleh sesiapa sahaja. Jika anda mempunyai apa-apa soalan yang berkaitan, komen atau nasihat, anda boleh menghubungi saya melalui link 'email' di atas. Sekiranya anda mempunyai apa jua bacaan doa yang ingin dikongsi dilaman ini, saya mengalu-alukan cadangan daripada anda. Akhirnya saya berharap anda memperoleh manfaat daripada himpunan doa-doa ini dan dapat membantu saya menyebarkan laman web ini dengan mengunakan link yang boleh anda dapati di sini.

Selamat berdoa dan beramal..!


Zikir Munajat

Himpunan Doa

Powered By

Powered by Blogger Email us!

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.